Diantara Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
Sebagaimana yang Engkau sedia maklum...aku hanyalah hamba-Mu yang lemah, tak mampu mengangkat kelopak mata selain dengan keizinan-Mu... Kau sembunyikan semua aib yang ada dari pandangan mata mereka Kau kenakan pakaian menawan Sebagai tabir tutupan Jadilah mereka menyintai Padahal aku tidak layak dicintai tapi hanyalah diserupai Janganlah Engkau hinakan aku pada Hari Qiamat Jadikanlah aku yang mulia... Jadikanlah aku di kalangan para bidadari yang menghiasi syurga-Mu Ya Rabb..aku mengerti cintaku pada-Mu tidak sehebat cinta kekasih-Mu, namun seandainya Engkau mengurniakan sisa cinta Muhammad saw itu padaku..maka cukuplah memadai buatku...
Sebenarnya Agama Islam telah menjelaskan bahawa kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. oleh itu kenapa masa kini agama lain juga melakukan perkara ini?????... Kini terjawab bahawa berkhatan dapat mengurangkan daripada dijangkiti Virus HIV.... Oh Yeh ini lah yang dilakukan sekarang pada kaum kafirun...